Thursday, July 10, 2014


பள்ளியின் சாதனை நட்சத்திரங்கள்

வெற்றி முழங்கட்டும்...... வீரம் ஜொலிக்கட்டும்.......


Wednesday, February 5, 2014

Dialog Prestasi peringkat sekolah

5 Februari 2014



 Untuk makluman semua,

 Satu bengkel dialog prestasi bagi warga SJK (T) Ldg Semenyih akan diadakan pada 11 Februari 2014 bersamaan hari Selasa.
Semua guru wajib hadir.

Sekian, terima kasih.

Guru Besar,
SJK (T) Ldg. Semenyih.

Pelancaran Tahun Membaca 2014 & Program Nilam

Pelancaran Tahun Membaca 2014 SJK (T) Ldg Semenyih bersama dengan pelancaran Program Nilam akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

           Tarikh    : 7 Februari 2014 (Jumaat)
            Masa    : 8.00 pagi
            Tempat : Dewn SJK (T) Ldg. Semenyih

* Anjuran bersama Perpustakaan Awam Semenyih dan PIBG SJK (T) Ldg Semenyih.

Monday, January 6, 2014

ICT- malarkrishnan



VISI ICT SJK(T) LADANG SEMENYIH

SJK(T) LADANG SEMENYIH MENJADI SEBUAH SEKOLAH YANG BERDAYA SAING DALAM BIDANG ICT MENJELANG 2016

MISI

Untuk menyediakan kemudahan infrastruktur,modal insane berpegetahuan dan berkemahiran serta menggunakan sumber ICT secara  optimum kea rah pembestarian sekolah

DASAR ICT SEKOLAH

·        Semua pentadbir,guru dan staf sokongan menggunakan ICT untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan
·        Pengautomasian pejabat dan system aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja
·        Semua murid diberi peluang memperolehi kemahiran menggunakan kemudahan ICT
·        Semua guru menggunakan kemudahan ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran termasuk menggunakan perisin khusus(courseware),internet dan aplikasi yang lain
·        Mengurangkan kos pengurusan dan masa melalui kemudahan ICT

OBJEKTIF
·        Melahirkan guru dan murid yang dapat mengoptimumkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
·        Meningkatkan penggunaan ICT sistem  dalam kalangan guru dan staf sokongan
·        Menjalinkan hubungan ibu bapa dan komuniti melalui penggunaan ICT